Sila log masuk terlebih dahulu.

Nicky Liow akhirnya serah diri

Nicky Liow
Nicky Liow
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan, Nicky Liow yang diburu sejak tahun lalu, telah menyerah diri pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, Nicky, 34, telah tampil menyerah diri pada jam 11 pagi.

"Pada masa ini Nicky berhadapan dengan lebih 20 kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA)," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Razarudin berkata, Nicky akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam, esok untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan.

"Pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam, mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee, untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA," katanya.

Razarudin berkata, sebelum ini siasatan berhubung Seksyen 130 V hingga Seksyen 130 ZB, Kanun Keseksaan bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) digugurkan oleh mahkamah.

April tahun lalu, Nicky diburu selepas polis Johor mengadakan operasi dan serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebelum menahan 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket berkenaan sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian.

Artikel Berkaitan: