Kilang fiber musnah dalam kebakaran

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Sebuah kilang di Kampung Senggora Sri Jaya, dekat sini musnah 80 peratus dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Sani Harun berkata, pasukan JBPM Maran dibantu JBPM Peramu bergegas ke lokasi tersebut sejurus menerima laporan awam.

"JBPM dengan kekuatan lapan anggota diketuai Komander Operasi Shamsul Affendy Sulaiman bergegas ke lokasi dan mendapati kilang tersebut memproses fiber berkeluasan 100 x 50 meter.

"Ketika pihak JBPM sampai, api sedang marak membakar kilang. Komander operasi mengarahkan anggota membuat satu aliran 300 kaki dua nozel untuk pemadaman di bahagian hadapan. Manakala di bahagian tengah menggunakan satu aliran 200 kaki satu pancutan.

No Image Caption

"Di bahagian belakang pula operasi pemadaman dibantu JBPM Peramu. Operasi masih dijalankan dan siasatan awal mendapati 80 peratus kilang telah terbakar," katanya dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun tiada mangsa yang cedera dalam tragedi tersebut.

Artikel Berkaitan: