Tun M syor kajian lebih teliti RUU Anti Lompat Parti

Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) berhubung Anti Lompat Parti dikaji dengan lebih teliti agar tidak menjejaskan hak asasi rakyat apabila ia dilaksanakan nanti.

Beliau berkata, pindaan tersebut seharusnya mengkhususkan kepada ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Senator.

“Ini adalah satu cabaran yang perlu diatasi oleh kita dan saya bersetuju supaya ia dikaji dengan lebih mendalam soal lompat parti ini dan juga pindaan kepada Perlembagan kerana kalau dipinda begitu sahaja mungkin hak asasi rakyat lain yang tidak terlibat dengan dewan ini mungkin akan kehilangan.

“Inilah sebabnya yang kita patut percepatkan proses menggubal undang-undang yang sesuai dengan keadaan yang dihadapi oleh kita.

“Mungkin apa yang kita buat itu tidak berapa lengkap dan mungkin juga akan disalahgunakan seperti sekarang di mana undang-undang kerap kali disalahgunakan,” katanya ketika membahasakan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 pada Mesyuarat Khas Penggal Kelima Majlis Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Tambah Dr Mahathir, tanpa penelitian ia dibimbangi akan mengehadkan seseorang untuk mengadakan atau mendaftar persatuan seperti mana yang berlaku sebelum ini apabila kerajaan mempunyai hak tidak meluluskan permohonan untuk mendaftarkan sesebuah persatuan.

“Akibatnya rakyat kehilangan (hak mereka). Jadi, perkara sebegini lah yang perlu kita berikan perhatian,” katanya.

Artikel Berkaitan: