Polis cari pemandu Viva rempuh penunggang motosikal

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis masih mengesan pemandu kereta jenis Perodua Viva yang merempuh bahagian belakang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di Kilometer 31 Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian jam 8 malam itu menyebabkan mangsa berusia 32 tahun terjatuh dan terseret atas jalan hingga mengalami kecederaan pada bahagian siku dan lutut.

Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke rumahnya di Puncak Alam.

"Semasa tiba di tempat kejadian, kereta Perodua Viva dari arah belakang dipandu dengan laju dengan membuka tingkap.

"Pemandu kereta didapati mencapai sesebuah dari tempat duduk penumpangnya dan berhenti secara tiba-tiba di laluan susur kiri ke Puncak Alam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun katanya, penunggang motosikal tidak menghiraukan tindakan pemandu kereta terbabit dan meneruskan perjalanan seperti biasa.

'Hanya beberapa minit sahaja, kenderaan terbabit dirempuh pada bahagian belakang kereta terbabit.

"Penunggang motosikal terjatuh dan terseret di atas jalan, namun pemandu kereta tersebut berlalu pergi serta tidak memberhentikan kenderaannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kes ini boleh menghubungi Inspektor Muhammad Najmi Abd Rahman bagi membantu siasatan," ujarnya.