Aston Villa patut menang berdepan Spurs

Sebahagian pemain Villa ternyata kecewa dengan kekalahan. Foto ssky sports
Sebahagian pemain Villa ternyata kecewa dengan kekalahan. Foto ssky sports
A
A
A

PENGENDALI Aston Villa, Steven Gerrard menyifatkan skuad kendaliannya itu sepatutnya memenangi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Tottenham Hotspur, Sabtu lalu.

Katanya, kekalahan 0-4 kepada Spurs tidak seharusnya berlaku berdasarkan kepada aksi yang dipersembahkan pemain termasuk mencipta deretan peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan.

“Kami telah mencipta banyak peluang jaringan, tetapi kesemuanya tidak menjadi apabila gagal menewaskan benteng pertahanan lawan.

“Bagaimanapun, kami menerima kekalahan ini dan akan mencuba sebaik mungkin untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan akan datang,” katanya.

Dalam perlawanan berkenaan, pemain Spurs, Son Heung -min mencatat hattrik manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Dejan Kulusevski pada minit ke-50.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Villa kini berada pada kedudukan ke-12 EPL dengan 36 mata.

Sementara itu Gerrard mengakui aksi berdepan Spurs sememangnya sukar dan mencabar.

Katanya, bagaimanapun perlawanan sudah berlalu dan pemain perlu terus memandang ke hadapan dalam usaha melakar kemenangan.

Artikel Berkaitan:

“Kami berjaya mengekang pasukan yang lebih hebat seperti Spurs untuk menjaringkan lebih banyak gol pada separuh masa pertama.

“Bagaimanapun pada separuh masa kedua, kami melakukan banyak kesilapan dan ia dimanfaatkan lawan untuk menjaringkan tiga gol bagi memastikan kemenangan,” katanya.