Aksi bertemu City umpama perlawanan tinju: Klopp

Mane (tengah) meledak gol penyamaan buat Liverpool ketika seri 2-2 menentang City di Stadium Etihad awal pagi Isnin.
Mane (tengah) meledak gol penyamaan buat Liverpool ketika seri 2-2 menentang City di Stadium Etihad awal pagi Isnin.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan aksi ketika pasukannya seri 2-2 menentang Manchester City di Stadium Etihad awal pagi Isnin umpama sebuah perlawanan tinju yang memerlukan kesemua pemainnya fokus dan tidak boleh leka biarpun satu saat.

Menurut Klopp, dia memuji persembahan yang ditampilkan pasukannya sambil menganggap keputusan seri itu boleh dianggap pencapaian yang baik terutama ketika menentang City yang dilabel sebagai pasukan terbaik di dunia.

"Saya boleh gambarkan aksi ini umpama perlawanan tinju yang mana sekiranya anda hilang fokus akan akan ditumbuk oleh lawan.

"Anda mungkin boleh berehat sebentar untuk menarik nafas, namun ia tidak boleh terlalu lama kerana lawan akan datang semula untuk bertumbuk.

"Ia perlawanan yang hebat dan keputusan yang diraih oleh kami adalah wajar dan saya berpuas hati dengan persembahan pasukan" kata Klopp.

Pada perlawanan tersebut, Kevin De Bruyne berjaya meletakkan City di depan pada minit kelima sebelum penyerang Liverpool, Diogo Jota menyamakan kedudukan lapan minit kemudian.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila, Gabriel Jesus kembali meletakkan City di depan sebelum rehat dan Sadio Mane meraikan ulang tahun ke-30 kelahirannya dengan gol penyamaan kedua buat skuad kendalian Klopp.

Keputusan seri itu menamatkan deretan 10 kemenangan liga Liverpool dan kini City kekal satu mata di depan dengan tujuh perlawanan berbaki musim ini.

Artikel Berkaitan: