KKM kaji kurangkan kos rawatan kanser

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merasmikan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat kebangsaan di Institut Kanser Negara hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merasmikan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat kebangsaan di Institut Kanser Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan kajian di dalam usaha mengurangkan kos rawatan kanser di bawah hospital swasta, kata Menterinya Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata perkara itu membabitkan daripada segi pindaan kawalan ubat-ubatan bagi menentukan harga rawatan yang ditetapkan selama ini.

"Usaha ini dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan agensi-agensi lain bagi melihat harga dan kawalan ubat dalam rawatan kanser.

"Namun bagi kami masa dalam soal ini, tetapi daripada segi rawatan di bawah fasiliti Kementerian Kesihatan, tidak mempunyai masalah daripada sudut kos kerana segalanya dikawal pihak kementerian," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program Larian Hari Kanser Sedunia di Institut Kanser Negara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dzulkefly menggesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan umur untuk menjalani ujian saringan kanser sejak peringkat awal.

Katanya kelewatan untuk mengenalpasti kanser sejak awal adalah punca penyakit itu sukar dirawat sekali gus menelan kos yang begitu tinggi.

"Sehubungan itu, tidak kira anda sesiapa pun atau di mana jua berada, sila jalani ujian saringan pengesanan kanser di mana-mana hospital dan klinik kesihatan kerajaan," katanya.

Dzulkefly berkata pihaknya kerajaan giat menjalankan pelbagai kempen kesedaran bagi mencegah risiko kanser dalam kalangan rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Ia termasuklah kempen tak nak merokok, kurangkan pengambilan gula dan alkohol secara berlebihan iaitu tabiat sebegini merupakan faktor penyebab kanser.

"Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 30 hingga 50 peratus penyakit kanser mampu dicegah melalui gaya hidup sihat," katanya.- Bernama