MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Megi

MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Megi yang boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Megi yang boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan nasihat ribut tropika Megi yang boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah itu, MetMalaysia memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11 pagi, Ribut Tropika itu dikesan di kedudukan Latitud 10.7 Utara dan Longitud 125.6 Timur, kira-kira 101 kilometer (km) ke Timur Laut Surigao City, Filipina.

Ribut dengan pergerakan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j tersebut berada kira-kira 985km ke Timur Laut Sandakan, Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: