Ching Tong dilantik Ketua Pembangkang DUN Johor baharu

Chin Tong
Chin Tong
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.

PH Johor dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor, Teo Nie Ching berkata, keputusan terbabit dibuat menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan PH Johor pada Jumaat lalu.

PH Johor akan menghantar surat permakluman kepada Pejabat Jurutulis Negeri pada Ahad.

"PH Johor berharap agar reformasi DUN Johor yang dirintis kerajaan PH sebelum ini dapat diteruskan.

"Antaranya mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang, mewujudkan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, melantik wakil rakyat pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negeri dan pemberian peruntukan sama rata kepada semua ADUN termasuklah pembangkang," menurut kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, PH Johor juga mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi terhadap pengumuman peruntukan kepada wakil-wakil rakyat oleh mantan Menteri Besar yang lalu Datuk Hasni Mohammad menerusi Belanjawan Johor 2022.

Artikel Berkaitan: