Pukul kepala penyu sampai hancur

Kakitangan Pejabat Perikanan daerah membuat pemeriksaan sebelum bangkai penyu ini ditanam.
Kakitangan Pejabat Perikanan daerah membuat pemeriksaan sebelum bangkai penyu ini ditanam.
A
A
A

MARANG - Satu bangkai penyu jenis agar dalam keadaan kepalanya yang hancur dipercayai dipukul dengan objek tumpul dijumpai terdampar di Pantai Rhu Muda, di sini, pagi ini.

Penemuan itu menarik perhatian Pejabat Perikanan daerah, Cawangan Perlindungan Sumber Perikanan negeri dan Pihak Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang.

Ketua Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Mohammad Firdaus Abdillah, 34, berkata, pihaknya tiba di Pantai Rhu Muda kira kira jam 8 pagi untuk pemeriksaan.

"Berdasarkan keadaan, kita percaya ia tersangkut pada pukat, ada kesan pukat pada 'flipper' depan dan kita tidak menolak kemungkinan penyu ini dicederakan sebelum dilepaskan.

"Kepala dan 'flipper' kanan depan haiwan ini didapati hancur dipercayai dipukul objek tumpul dan kita percaya bangkai penyu ini telah dibawa arus ke pantai malam tadi," katanya, hari ini.

Tambah Mohammad Firdaus, Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang telah merekodkan sejumlah 27 kes kematian penyu di negeri ini termasuk kes yang terbaharu.

Artikel Berkaitan: