Kelab Akrab Malaysia kongsi rezeki bubur lambuk

Khairul Nizam (dua dari kanan) bersama Hazdi (dua dari kiri) mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Kangar pada Sabtu.
Khairul Nizam (dua dari kanan) bersama Hazdi (dua dari kiri) mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Kangar pada Sabtu.
A
A
A

KANGAR - Kelab Akrab Malaysia mengedarkan 1,000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar kawasan ini sebagai tanda berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan.

Pengerusi Kelab Akrab Malaysia, Datuk Khairul Nizam Arifin berkata, seramai 40 ahli dari wilayah utara berkampung di Perlis bagi tujuan berkenaan.

Beliau bersyukur kerana setelah dua tahun program terbabit ditunda akibat pandemik Covid-19, kini mereka dapat kembali mengeratkan silaturahim dan mendekati masyarakat setempat.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli wilayah Utara iaitu dari Perlis, Kedah,Pulau Pinang dan Perak yang sudi melapangkan masa untuk berkampung di Perlis," katanya ketika ditemui di Program Bubur Lambuk Akrab Utara di Shahirah Homestay di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Pengurus Akrab Perlis, Hazdi Zairi.

Menurutnya, peruntukan untuk menjayakan program terbabit adalah hasil sumbangan daripada ahli- ahli kelab.

"Daripada 30 kilogram beras kita dapat menyediakan 1,000 bekas bubur lambuk. Alhamdulillah semoga rezeki yang dikongsikan ini akan membawa keberkatan kepada semua," katanya.

Sementara itu, Khairul Nizam berkata, mereka juga sempat menziarahi ahli keluarga kelab yang sudah meninggal dunia dan menyampaikan sedikit barang keperluan serta wang tunai.

Artikel Berkaitan:

"Ada lima buah keluarga yang kita bantu iaitu terdiri daripada ahli kelab yang sudah meninggal dunia dan juga keluarga ahli yang daif," katanya.