Penjawat awam Johor dapat bantuan raya minimum RM1,000

AZMI
AZMI
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, BKK turut disalurkan kepada kakitangan di bawah skim 'Contract Of Service', 'Contract For Service', pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

"Pemberian BKK telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 6 April lalu.

"Pembayaran BKK ini akan dibuat pada 28 April. Semakan kelayakan bayaran BKK boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

BKK akan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM18.81 juta bagi memberi manfaat kepada kira-kira 13,400 kakitangan awam di Johor.

Azmi berkata, pemberian BKK bertujuan meringankan beban kewangan penjawat awam negeri sebagai persediaan menyambut lebaran tahun ini.

Artikel Berkaitan: