Jakim junjung titah Sultan Selangor berkenaan pentadbiran MKI

Datuk Hakimah Mohd Yusoff
Datuk Hakimah Mohd Yusoff
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil maklum berkenaan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan isu pentadbiran Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, sebagai Sekretariat MKI, Jakim akan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh jawatankuasa tersebut di samping arahan semasa daripada Pengerusi MKI.

“Saya Ketua Pengarah Jakim selaku Setiausaha MKI mengambil maklum dan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Sabtu, 9 April 2022.

“JAKIM selaku Sekretariat MKI akan sentiasa mematuhi Peraturan MKI yang telah ditetapkan dan arahan dari semasa ke semasa Pengerusi MKI.

“Saya mengambil kesempatan ini merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI terhadap tatakelola pentadbiran MKI,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Sultan Selangor pada Sabtu bertitah bahawa Jakim tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan-keputusan yang dibuat oleh MKI.

Titah baginda, ini kerana ia berada di bawah bidang kuasa baginda selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI dan Majlis Raja-Raja.

Artikel Berkaitan: