MOTAC bawa karya seni awam tempatan ke empat lapangan terbang negara

Nancy (tengah) bergambar di hadapan arca awam di KUL Art Airport di KLIA, di sini, pada Sabtu.
Nancy (tengah) bergambar di hadapan arca awam di KUL Art Airport di KLIA, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Balai Seni Negara bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi membawakan pameran karya seni awam tempatan di empat lapangan terbang negara.

Pameran KUL Art Airport itu yang telah bermula Mac lalu akan berlangsung sehingga Jun ini.

Empat lapangan terbang terbabit ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pameran itu merupakan platform mempromosikan kebun kan karya seni tempatan untuk diangkat setanding dengan seni visual antarabangsa..

"Alhamdulillah, sudah tentu ianya mendapat sokongan penuh daripada MOTAC menerusi peruntukan sebanyak hampir RM600,000," katanya ketika merasmikan KUL Art Airport di KLIA, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Dayang Fatimah Tom Abang Saufi dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

Pada masa sama, Nancy turut melahirkan penghargaan kepada pelukis dan pengkarya terbabit yang menurutnya merupakan duta negara dalam mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pameran interaktif di empat lapangan terbang itu membawa identiti yang berinspirasikan seni dan budaya serta kearifan tempatan dalam menaik taraf ruang lapangan terbang mesra pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau juga berharap agar KUL Art Airport itu dapat diteruskan secara konsisten agar pintu masuk negara menjadi lebih meriah dan ceria.

"Saya yakin selepas ini lapangan terbang bukan sekadar venue penghubung atau pengantara penerbangan domestik dan antarabangsa, tetapi juga sebagai ruang pertemuan bagi mereka yang tercari-cari sentuhan budaya seni negara yang mencerminkan identiti bangsa Malaysia," katanya.

Di KLIA pameran dihasilkan Allahyarham Noah Iskandar Fuad bertajuk 'Polyhedron Pavillion' manakala Karya Sumay Cheah dan Ho Lay Hoon daripada OtherHalf bertajuk “OH!Budaya” dipamerkan di PIA.

Di KKIA, karya dipamerkan adalah lukisan mural 'The Nature Mind of Landscape' oleh Kenji Chai sementara di KIA adalah hasil karya keloktif seni Aftermatch Thinker Art Collective iaitu 'Reciting Hope'.