Manfaat perubatan akut: Tuanku Syed Faizuddin

Tuanku Syed Faizuddin bertitah ketika berkenan merasmikan kursus dan bengkel ‘Management of the Acutely ill Medical Patient’ anjuran Malaysian Advanced Acute Internal Medicine And Ultrasound Society (MAAIMUSS) dan College of Physicians Malaysia secara maya di sini pada Sabtu.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah ketika berkenan merasmikan kursus dan bengkel ‘Management of the Acutely ill Medical Patient’ anjuran Malaysian Advanced Acute Internal Medicine And Ultrasound Society (MAAIMUSS) dan College of Physicians Malaysia secara maya di sini pada Sabtu.
A
A
A

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap hospital di seluruh negara dapat menggunakan sebaiknya Perubatan Dalaman Maju dan Akut untuk kebaikan pesakit.

Bagaimanapun, baginda bertitah, satu anjakan paradigma perlu dilaksanakan dalam kalangan pakar perubatan dan hospital untuk dimanfaatkan pesakit Akut.

Titah baginda, tindakan itu juga perlu mendapat sokongan semua hospital di seluruh negara kerana tempoh rawatan 72 jam yang pertama sangat penting dan kritikal bagi menjamin keselamatan pesakit.

"Saya berharap dapat melihat penubuhan Unit Perubatan Dalaman Akut yang akan menjadi pelopor penerimaan dan penggunaan ciri penjagaan kesihatan ini dalam sistem perubatan negara kita," titah baginda ketika berkenan merasmikan kursus dan bengkel ‘Management of the Acutely ill Medical Patient’ anjuran Malaysian Advanced Acute Internal Medicine And Ultrasound Society (MAAIMUSS) dan College of Physicians Malaysia secara maya di sini pada Sabtu.

Baginda bertitah, penggunaan inovasi itu secara berkesan akan membuka laluan bagi Jabatan Perubatan Dalaman untuk mempunyai unit eksklusif yang tersendiri khas untuk memantau mereka yang benar-benar memerlukan.

" Penggunaan unit ini terbukti berjaya mengurangkan banyak kesesakan katil di wad dan meningkatkan prestasi penjagaan pesakit," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, inisiatif perubatan ini bertujuan melatih dan mempersiapkan golongan barisan hadapan bagi menghadapi situasi genting ketika menangani kes melibatkan pesakit akut.

Sementara itu, Presiden MAAIMUSS, Datuk Seri Profesor Dr Paras Doshi berkata, persidangan itu bertujuan memfokuskan penambahbaikan bidang perubatan dalaman yang sentiasa berdepan dengan krisis akut yang tidak dijangka.

Artikel Berkaitan:

"Seminar yang berlangsung di Hospital Universiti Malaya itu membabitkan 50 peserta dalam kalangan doktor khas yang dipilih daripada pelbagai pusat perubatan termasuk hospital Kementerian Kesihatan, hospital universiti dan hospital swasta.