Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan

Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di tempat pemandu sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Ara Kuda, pada tengah hari Sabtu.
Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di tempat pemandu sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Ara Kuda, pada tengah hari Sabtu.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda, pada tengah hari Sabtu.

Dalam nahas kira-kira jam 12.09 tengah hari itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Fikri Mohd Zuki, 27, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, ketika anggota sampai di tempat kejadian, mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu dalam kereta jenis Perodua Alza tersebut dan berjaya dikeluarkan kira-kira jam 12.44 tengah hari.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dipandu mangsa dengan sebuah lori Volvo yang tidak membawa sebarang muatan.

"Ketika anggota bomba sampai pemandu lori tiada di tempat kejadian manakala dua penumpang Perodua Alza mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan,"katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Beliau berkata, mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 1.37 petang.

Menurutnya, anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan

Artikel Berkaitan: