X

Kindly register in order to view this article
!

Denggi di Negeri Sembilan terkawal

Nyamuk aedes
A
A

SEREMBAN – Kes denggi di negeri ini berada dalam keadaan terkawal.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata, walaupun sasaran untuk capai sekurang-kurangnya 20 kes seminggu belum dicapai, tetapi masih boleh diusahakan.

“Sekarang ini 50 hingga 70 kes seminggu dan kita sasar turun sehingga 20 kes seminggu.

“Walau bagaimanapun, keadaan secara keseluruhan di negeri ini masih terkawal,” katanya.

Tambahnya, terdapat 10 lokaliti wabak denggi yang aktif dilaporkan berlaku di negeri ini merangkumi Seremban dan Tampin.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri serius menangani isu denggi dan berharap masyarakat dapat memberi kerjasama jaga kebersihan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf