31 lagi kematian, 14,944 kes baharu Covid-19

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 31 kematian akibat Covid-19 dengan enam daripadanya adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) pada Jumaat.

Berdasarkan data KKM di portal CovidNow, angka kematian terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,259 orang.

Putrajaya mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Johor, Kedah dan Sarawak (masing-masing empat), Pahang dan Perak (masing-masing tiga), Melaka dan Selangor (masing-masing dua) serta Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu (masing-masing satu).

Manakala tiada kes kematian dilaporkan bagi negeri-negeri lain.

Sejumlah 14,944 kes baharu Covid-19 juga direkodkan setakat data yang dikemaskini jam 11.59 malam pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 104 dikenal pasti sebagai kes import menjadikan Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,307,529.

Dalam pada itu, sebanyak 158,439 kes aktif dilaporkan, termasuk 206 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 109 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 14,045 kes sembuh turut dilaporkan.

Artikel Berkaitan: