Hakim larang wanita import senjata api ke NZ

Senjata api ala tentera
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Hakim di New Zealand melarang seorang ahli perniagaan wanita mengimport kira-kira 20 laras senjata api ala tentera dan 100 butir peluru ke negara itu, menurut keputusan mahkamah yang baru didedahkan kepada media.

Larangan itu dikeluarkan selepas Pesuruh Jaya Polis menolak permohonan ahli perniagaan terbabit pada 2017.

Senjata berkenaan adalah senjata sama yang diharamkan Perdana Menteri Jacinda Ardern, awal minggu ini selepas ia digunakan dalam serangan pengganas yang mengorbankan 50 orang di negara itu.

Jennifer Clark dan suaminya adalah pengedar senjata api berlesan. Mereka turut mengedarkan senjata api kepada kedai runcit, jabatan kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan New Zealand dan Polis.

Bagaimanapun, pasangan terbabit tidak mempunyai kedai runcit dan tidak menjual senjata ala tentera secara terus kepada orang awam. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia