K-KOMM wujud MEDi di setiap negeri perkasa ekonomi digital

Annuar (kanan) menyampaikan maklumat lengkap rancangan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) kepada rakan strategik K-KOMM dari jajahan Gua Musang iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim pada majlis berbuka puasa bersama komuniti di Hotel Perdana, Kota Bharu pada Jumaat.

A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperuntukkan sebanyak RM40 juta hingga RM50 juta bagi membina Mercu Ekonomi Digital (MEDi) di seluruh negara dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pembukaan pusat berkenaan di seluruh negeri membolehkan usahawan-usahawan muda di negara ini menggerakkan lagi ekonomi digital.

"Kita akan wujudkan satu MEDi di setiap negeri," katanya pada majlis berbuka puasa bersama komuniti di Hotel Perdana di sini pada Jumaat.

Annuar berkata, setiap negeri akan diberikan peruntukan berjumlah RM3 juta dan pembinaan MEDi akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, dari segi lokasi pula K-KOMM akan berunding dengan pemimpin di peringkat negeri untuk membuat keputusan.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, proses pengendalian MEDi itu akan dilakukan oleh satu operator sahaja.

"Operator yang bertindak sebagai pengendali akan diberikan subsidi sebanyak 50 peratus selama tiga tahun pertama.

"Selepas tiga tahun berikutnya, kita percaya operator itu sudah boleh berdiri sendiri dalam mengendalikan MEDi," katanya.

Artikel Berkaitan: