'Jangan tunggu berlaku tragedi untuk bersatu'

Julian Leow - Foto Sinar Harian oleh: Zahid Izzani
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak sepatutnya menunggu satu tragedi hitam untuk menggerakkan sebuah perhimpunan menuntut kedamaian seperti hari ini.

Wakil Persatuan Kristian Malaysia, Julian Leow berkata, rakyat Malaysia harus bersatu mengekalkan keharmonian dan kedamaian yang terjalin selama ini.

"Mesej hari ini amat jelas untuk kita semua kita berhimpun demi menyuarakan kedamaian dan keharmonian menolak keganasan dan kebencian.

"Kita sepatutnya tak perlu satu tragedi untuk menggerakkan kita bhimpun seperti ini, kita harus bersatu mengekalkan keharmonian dan tali persahabatan sedia ada antara kita semua," katanya ketika berucap pada himpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Tambah Julian lagi, himpunan ini adalah ikrar kita untuk mengukuhkan lagi persaudaraan dan persahabatan antara kita sebagai rakyat Malaysia.

Perhimpuanan aman ini diadakan berikutan tragedi berdarah serangan pengganas di dua masjid berasingan di Christchurch New Zealand, Jumaat, 15 Mac lepas.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia