Syria mahu UNSC sokong resolusi mengenai Bukit Golan

Presiden Donald Trump pada Khamis lalu berkata sudah tiba masanya penjajahan Israel di Bukit Golan diiktiraf.
Presiden Donald Trump pada Khamis lalu berkata sudah tiba masanya penjajahan Israel di Bukit Golan diiktiraf.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Syria semalam meminta Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menyokong resolusi mengisytiharkan bahawa Israel menarik diri dari Bukit Golan selepas Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat (AS) akan mengiktiraf penjajahan Israel di wilayah itu.

Menerusi sepucuk surat, duta Syria, Bashar Jaafari, menggesa Majlis mengambil langkah praktikal bagi memastikan 'ia memenuhi mandatnya dalam melaksanakan resolusinya' berkenaan Bukit Golan.

Trump melanggar dasar Timur Tengah AS apabila pada Khamis lalu beliau menulis di Twitter bahawa sudah tiba masanya penjajahan Israel di Bukit Golan diiktiraf.

Dalam surat itu juga, duta Syria meminta Setiausaha Agung Antonio Guterres mengesahkan pendirian PBB mengenai penjajahan Israel di Bukit Golan yang dirampas dari Syria semasa Perang Enam Hari 1967. - AFP

Artikel Berkaitan: