Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini bagi hari ketiga berturut-turut. Foto hiasan
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini bagi hari ketiga berturut-turut. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini bagi hari ketiga berturut-turut apabila dolar AS terus mengukuh susulan jangkaan kenaikan kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.2195/2230 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2180/2210 pada Khamis

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA bagi Asia Pasifik Jeffrey Halley berkata Presiden Rizab Persekutuan St. Louis James Bullard merupakan ketua Fed terbaharu yang mengeluarkan kenyataan berkaitan kenaikan kadar faedah bagi dasar monetari pada masa depan.

"Indeks dolar AS ditutup tinggi pada 99.75 dengan mata wang Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan pengukuhan susulan hasil AS yang tinggi.

"Mata wang Asia menjadi lemah apabila dolar AS mengukuh di seluruh pasaran Asia,” kata Halley.

Sementara itu, ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0953/0981 daripada 3.0996/1021 pada Khamis dan meningkat berbanding euro kepada 4.5858/5896 daripada 4.5942/5975.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.5026/5072 daripada 5.5188/5228 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.4004/4034 daripada 3.4093/4120. - Bernama

Artikel Berkaitan: