BIMB sumbang 150 bungkus juadah berbuka kepada Sinar Harian

Penolong Pengurus Perhubungan Media dan Editorial Kumpulan Komunikasi Korporat BIMB, Muhammad Syafiq Sharuddin (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada Airol (dua dari kanan) di Dataran Karangkraf pada Jumaat.
Penolong Pengurus Perhubungan Media dan Editorial Kumpulan Komunikasi Korporat BIMB, Muhammad Syafiq Sharuddin (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada Airol (dua dari kanan) di Dataran Karangkraf pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada Jumaat menyampaikan sumbangan sebanyak 150 bungkus juadah berbuka puasa yang berjumlah lebih RM4,500 kepada Sinar Harian sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada bulan Ramadan.

Komunikasi Korporat BIMB berkata, sepanjang bulan Ramadan pihaknya menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk pengamal media.

"Apabila bulan Ramadan, pelbagai lapisan masyarakat kami santuni dan pengamal media turut tidak terkecuali dalam program ini.

"Kebanyakan media di Malaysia kami beri sumbangan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Pemberian sumbangan itu disampaikan kepada Pengurus Besar Jualan Iklan Grup Sinar Karangkraf, Airol Fadley @ Arab di Dataran Karangkraf pada Jumaat.

Hadir sama dalam pemberian sumbangan tersebut ialah Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

BIMB menambah, sumbangan yang diberikan kepada Sinar Harian ini juga sebagai salah satu amalan berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan.

"Ini juga sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media yang bertungkus lumus menyiarkan berita-berita sahih dan bagus kepada masyarakat di bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan:

"Kami amat menghargai jasa baik Sinar Harian dalam menjalankan tugas-tugasnya kepada masyarakat," ujarnya.