Khazanah alam turut dicemar

Kawasan Hutan Simpan Air Terjun Berkelah turut dicemari sampah.
Kawasan Hutan Simpan Air Terjun Berkelah turut dicemari sampah.
A
A
A

MARAN - Aktiviti rekreasi dan riadah tidak terkawal di hutan menyumbang kepada pencemaran sampah sarap yang membimbangkan.

Ketua Seksyen Pasukan Khas STORM Pahang (Special Tactical Operation Resque Malaysia), Mohd Haziq Hazmi berkata, ini termasuklah aktiviti mendaki gunung dan meredah hutan.

Menurutnya, sampah seperti pembungkus makanan, botol, kotak dan sisa makanan ditinggalkan bagi mengurangkan beban ketika menuruni gunung.

“Perkara ini, sama ada mereka sedar atau tidak boleh mengundang kehadiran tikus. Tikus yang banyak akan mengundang masalah lain pula kepada air sungai.

“Sebilangan pendaki pula gemar membakar sampah sarap dibawa berbanding bawa turun semula sampah mereka. Kebakaran kecil inilah jika tidak dikawal boleh menjadi punca kebakaran hutan,” katanya.

Beliau ditemui ketika program Latihan dan Operasi Penyelamatan di Hutan Simpan Air Terjun Berkelah Bersama Media, baru-baru ini.

Tinjauan di kawasan itu mendapati hampir setiap aras yang ada tujuh tingkat sungai itu dicemari sampah.

Pendakian dengan jarak 220 meter ke puncak Berkelah di aras tujuh, memakan masa selama satu jam.

Artikel Berkaitan:

Aras tiga dan tujuh paling banyak sampah manakala aras lain terdapat kesan sampah sarap dibakar.

Terdapat dua plastik hitam besar diikat pada sebatang pokok di aras empat, untuk memudahkan pendaki membuang sisa makanan. Difahamkan, ia inisiatif penduduk untuk mengekang pembuangan sampah merata-rata.