Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan jamin subsidi haji diteruskan

08 April 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 8 APRIL 2022

Kerajaan memberi jaminan kemudahan subsidi bagi menunaikan ibadah haji akan diteruskan tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, beliau akan berbincang dengan Lembaga Tabung Haji mengenai kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah susulan jangkaan kos mengerjakan haji pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 ekoran kenaikan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Arab Saudi.

Menurutnya, selepas perbincangan diadakan dengan Tabung Haji, beliau akan memberi penerangan kepada jemaah menteri yang akan memutuskan jumlah subsidi akan diberikan kepada jemaah haji.

Semalam Tabung Haji dalam satu kenyataan berkata, kos menunaikan haji meningkat kepada 12 peratus tahun ini berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada 2019.

Baca artikel penuh DI SINI https://bit.ly/38BtbXg

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa

#TabungHaji

#SinarHarian