Padah ugut bunuh, kelindan lori didenda

Patrick Dass didenda RM2,100 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Ipoh di sini pada Jumaat.
Patrick Dass didenda RM2,100 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Ipoh di sini pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Seorang kelindan lori didenda RM2,100 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh dan menghina polis di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini pada Jumaat.

Pertuduhan pertama, G Patrick Dass, 36, didakwa menakutkan secara jenayah dengan niat menyebabkan kegentaran terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun dengan ugutan hendak menyebabkan kematian.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Persiaran Tawas Permai 8, Taman Tawas Permai, di sini, kira-kira jam 6.52 petang pada 19 Disember 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa berkelakuan aib kepada pegawai polis berpangkat Inspektor yang sedang manjalankan tugas bertempat di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada tarikh sama kira-kira jam 8.30 malam.

Pertuduhan tersebut pula didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus kemudiannya menetapkan hukuman denda RM2,000 atau penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan pertama.

Pada masa sama, tertuduh turut didenda RM100 bagi pertuduhan kedua atau dikenakan penjara selama 14 hari jika gagal melunaskan denda tersebut.

Artikel Berkaitan: