Perhimpunan Solidariti Kedamaian: Tujuh jalan ditutup

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh jalan di ibu negara akan ditutup esok sempena Perhimpunan Solidariti Kedamaian untuk rakyat Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Zulkefly Yahya berkata, ini untuk memberi ruang kepada peserta perhimpunan.

Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Hishammuddin/Jalan Raja (Susur Bukit Aman), Leboh Pasar Besar/Jalan Hishammuddin, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Bulatan Dato Onn/Jalan Raja (Gereja), Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak/Leboh Ampang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak.

“Kesemua jalan itu akan mula ditutup kira-kira jam 5.30 pagi sehingga perhimpunan selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perhimpunan Solidariti Kedamaian esok adalah perhimpunan untuk rakyat Malaysia bersandarkan konsep keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama dan ideologi politik, susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand 15 Mac lepas yang mengorbankan 50 orang, termasuk seorang remaja rakyat Malaysia.

Mereka yang ingin menyertai perhimpunan itu diminta memakai pakaian berwarna putih tanpa sebarang logo parti politik. - Bernama

Artikel Berkaitan: