Kerajaan harap kuota jemaah haji Malaysia ditambah

Idris
Idris
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengharapkan agar kuota jemaah haji Malaysia ditambah oleh kerajaan Arab Saudi tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, buat masa ini Arab Saudi masih belum mengumumkan kuota haji kepada setiap negara walaupun jangkaan diketahui sebelum Ramadan.

"Harapan kita sudah tentu mahu kuota ditambah untuk jemaah Malaysia. Saya juga sudah berjumpa dan berbincang dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi (Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah) ketika mesyuarat baru-baru ini.

"Semua negara juga mengharapkan kuota haji ditambah," katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Al-Azhar Sedunia 2022 dan Ulang Tahun Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) Ke-10 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan Tabung Haji sudah bersedia untuk menguruskan jemaah haji untuk musim haji tahun ini.

"Tabung Haji sentiasa bersedia dan daripada segi penempatan, kebetulan saya baru pulang daripada mesyuarat di sana. Kita sudah berbincang dengan hotel di sana.

"Ia satu hubungan baik kepada Tabung Haji dalam kalangan pengurus hotel di sana kerana mereka beri kepercayaan kepada negara kita," katanya.

Artikel Berkaitan: