Datuk bandar letak jawatan kerana gambar bogel tersebar

Luc Lemonnier
Luc Lemonnier
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Seorang datuk bandar yang rapat dengan Perdana Menteri, Edouard Philippe meletak jawatan selepas gambar bogelnya disebarkan seorang wanita.

Pejabat perdana menteri pada Jumaat dilaporkan turut menerima keputusan Luc Lemonnier, 50, yang mengambil alih jawatan Philippe sebagai datuk bandar Le Havre pada 2017.

Jelas Lemonnier, beliau membuat keputusan itu untuk melindungi keluarganya dan beliau turut menafikan berkelakuan tidak senonoh dan tindakan berbalas mesej tersebut dihantar tanpa sebarang paksaan.

Jun lalu, beliau telah memfailkan saman fitnah berhubung pendedahan kandungan mesej terbabit, namun pendakwa raya menggugurkan kes tersebut.

Wanita yang mendedahkan gambar terbabit memberitahu dia tiada pilihan lain.

"Saya telah berkahwin selama lebih 20 tahun, mempunyai anak dan hubungan kami tiada masalah. Saya tidak terlibat dalam mana-mana skandal seperti ini," katanya menerusi stesen radio tempatan, awal minggu lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: