Harapan dan ketakutan di Thailand

Pengundi di Thailand akan mengundi pada 24 Mac ini. - Foto arkib Reuters
Pengundi di Thailand akan mengundi pada 24 Mac ini. - Foto arkib Reuters
A
A
A
SAYA telah menghabiskan masa minggu lalu dengan berjalan keliling Thailand. Saya bermula di Bangkok dan berjalan ke utara, ke Chiangmai, sebelum mengarah ke wilayah selatan.

Orang Thai, seperti yang mungkin anda pernah dengar, akan membuang undi pada 24 Mac 2019 ini. Ia merupakan pilihan raya pertama yang dipertandingkan di negara itu sejak rampasan kuasa 2014.

Banyak perkara kelihatannya akan berlaku. Akankah Jeneral yang telah bertukar menjadi ahli politik, Prayut Chan-o-cha mampu kekal berkuasa melalui Parti Palang Pracharat yang mesra tentera?

Atau akankah keluarga Shinawatra --- Thaksin dan adiknya Yingluck --- berupaya untuk kembali ke dalam politik melalui wahana mereka, Pheu Thai?

Apakah peranan parti-parti lain --- seperti Parti Demokrat yang berpolitik cara lama (diketuai oleh seorang Oxonian, Abhisit Vejjajiva) dan Parti Maju Masa Depan dengan pemimpin taikun fotogenik mereka, Thanathorn Juangroongruangkit --- yang boleh dimainkan?

Apakah kesan yang akan diperolehi dari Raja baharu, Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun ke atas susunan pasca pilihan raya?

Bolehkah Thailand benar-benar kembali kepada demokrasi? Bolehkah apa yang dilihat sebagai kitaran polarisasi politik dan rampasan kuasa yang tidak berkesudahan akan berakhir?

Adalah suatu yang bermakna apabila pengundian awal hujung minggu lalu memperlihatkan hampir 2.2 juta Thai membuang undi mereka -- suatu penyertaan yang hampir 90 peratus.

Ini pastinya menunjukkan bahawa orang biasa Thai mendambakan untuk kembali pada keadaan suatu jenis politik normal.
Artikel Berkaitan:


Tetapi sama ada atau tidak pilihan raya akan mewujudkan sebuah kerajaan yang sebenarnya merupakan manifestasi azam rakyat Thai adalah suatu hal yang berbeza.

Sistem pilihan raya ini dibentuk di bawah seliaan tentera dan boleh dihujahkan bahawa ia menyukarkan parti-parti untuk menang dengan majoriti jelas.

Apa yang ada pada kertas undi pada hari Ahad ialah 500 kerusi di Dewan Perwakilan Thailand.

Tetapi Perdana Menteri akan datang --- tidak kira siapa --- mesti dipilih oleh Dewan itu bersama dengan Senat yang dianggotai 250 orang, yang mana pada asasnya dilantik oleh kerajaan sokongan tentera itu.

Ia bermakna pemimpin akan datang Thailand memerlukan sekurang-kurangnya 376 undi. Tetapi ia juga bermakna Prayuth memmpunyai permulaan yang mendahului dengan 250+ anggota, campur dengan apa saja yang dapat dimenangi oleh Palang Pracharat.

Tetapi apa maknanya pada Thailand jika Perdana Menteri akan datang merupakan seorang yang pada asasnya telah kalah pilihan raya dan, atau ia berada dalam kerajaan hanya melalui sokongan dari sebuah dewan tinggi yang tidak dipilih rakyat?

Dan walaupun jika parti-parti anti-junta boleh mencipta keajaiban yang menarik (dengan memenangi 5 peratus daripada kerusi-kerusi dipertandingkan), berapa lama ia boleh bertahan sebelum mana-mana kerajaan yang ditubuhkan bertembung dengan institusi konservatif Thailand -- golongan diraja, tentera dan kehakiman --- seperti mana kerajaan-kerajaan pro-Thaksin sebelum ini?

Maka pilihan raya hanya menjadi pembuka tirai bagi usaha rebutan sengit -- jika tidak pun kekacauan serta merta --- pada masa akan datang.

Tetapi kesemuanya itu kelihatan terlalu jauh di Chiangmai, yang mana ia merupakan wilayah pengaruh keluarga Shinawatra.

Thailand utara dan timur laut sentiasa merupakan sudut tegar keluarga itu, kesan daripada polisi-polisi populis mereka seperti program mikrokredit " Dana Satu Juta Baht, Satu Kampung" dan polisi penjagaan kesihatan menyeluruh THB30 yang amat popular --- dilaporkan merupakan program pertama seumpama itu di negara itu.

Seperti seorang pemilik kedai aksesory berusia 55 tahun memberitahu saya "Sesiapa yang memperoleh manfaat dari (skim 30 baht) ini seringkali mengucap terima kasih pada doktor mereka dan Thaksin".

Petani-petani di luar Chiangmai yang bercakap pada saya umumnya menganggap zaman beliau menjadi perdana menteri merupakan "suatu era keemasan".

Kasihnya pada beliau tidak boleh dipersoalkan. Sama ada Utara dan Timur Laut berupaya memberikan kuasa pada keluarga Shinawatra untuk kembali daripada pembuangan dan memperoleh kuasa lagi, adalah suatu yang kurang pasti.

Orang di kota Worroros dan Pasar Kad Na Mor kelihatan umumnya teruja dengan pilihan raya, walaupun orang-orang tua dijangkakan kurang begitu.

Apa yang kelihatan mereka bersetuju adalah ekonomi negara telah merosot sejak lima tahun lalu --- dengan meletakkan kesalahan perkara ini sepenuhnya pada Prayuth.

Di sini, beliau kelihatan tidak berkesan dan kehilangan sentuhan dengan realiti.

Pemilik perniagaan kecil mengadu mengenai peningkatan sara hidup dan kuasa membeli yang rendah. Seorang saudagar pakaian di Worroros mendakwa suatu kejatuhan 60 peratus dalam perniagaan sejak rampasan kuasa itu.

Sungguhpun begitu, ketakutan pada regim itu masih kuat di sini. Kebanyakan daripada mereka yang bercakap pada saya tidak mahu memberitahu saya siapakah yang mereka akan undi atau memberi nama mereka pada saya -- walaupun simpati mereka kelihatannya adalah pada Pheu Thai.

Adalah suatu yang memalukan bahawa bangsa yang mesra dan menawan seperti orang Thai terperangkap di antara harapan dan ketakutan.

Adalah juga suatu yang disayangi bahawa perselisihan di Thailand itu kelihatannya tidak dapat dileraikan dan negara itu kekal sentiasa tersekat di kemuncaknya daripada mencapai potensi sebenarnya.

Semua ini adalah merupakan selalunya terlalu biasa berlaku di bahagian dunia di sini.

Seseorang hanya boleh berharap bahawa akan ada hari-hari yang lebih baik bagi masa depan rakyat Thai dan negara mereka yang indah ini.