Aliran trafik perlahan di Lebuhraya PLUS malam ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 8.30 malam ini sempena cuti persekolahan.

Menurut jurucakap PLUS, aliran trafik perlahan dari Perai ke Permatang Pauh, Bukit Tambun ke Permatang Pauh dan Jawi menuju ke Bandar Cassia.

Beliau berkata, aliran trafik dari Changkat Jering menghala ke Kuala Kangsar, Terowong Menora ke kawasan Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak dan Tapah ke Gopeng juga dilaporkan perlahan.

“Trafik juga bergerak perlahan dari Sedenak menuju ke Senai, Skudai ke Kulai dan di Bangunan Sultan Iskandar dari Malaysia ke Singapura,” kata beliau ketika dihubungi Bernama malam ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2, dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol 1800-88-0000 (Plusline) dan 1800-88-7752 (LLM) atau melayari laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: