Suffian dilantik Ketua JSJ Terengganu baharu

Rohaimi (tengah) menyaksikan penyerahan tugas oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Mohd Marzukhi (kiri) kepada Suffian (kanan) di Dewan Redang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu.
Rohaimi (tengah) menyaksikan penyerahan tugas oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Mohd Marzukhi (kiri) kepada Suffian (kanan) di Dewan Redang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu baharu berkuat kuasa pada Khamis.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (Latihan, Peperiksaan dan Kompetensi) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pelantikan itu disempurnakan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Terengganu dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Terengganu di sini yang disaksikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa.

Sementara itu, Rohaimi berkata, setakat ini indeks jenayah di Terengganu dikawal dengan baik ketika Mohd Marzukhi menerajui JSJ Terengganu.

Menurutnya, sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 150 kes jenayah curi, 120 kes (pecah rumah) dan 64 kes (curi motosikal) dilaporkan berlaku di Terengganu.

"Berdasarkan rekod ini, kadar jenayah di Terengganu dilihat masih rendah dan dalam kawalan yang baik jika dibandingkan dengan kontinjen di negeri lain.

"Justeru, saya berharap agar momentum baik ini dapat dikekalkan oleh Ketua JSJ baharu. Jika ia diteruskan, kita akan kekalkan statistik dengan lebih baik lagi," katanya.

Rohaimi sebelum itu menyempurnakan pemakaian pangkat Asisten Komisioner kepada Suffian yang sebelum ini berpangkat Superintendan.

Artikel Berkaitan: