Bodø/Glimt teruja berdepan AS Roma

Ola Solbakken meraikan gol pertama bersama rakan ketika berdepan AS Roma dalam aksi kumpulan C Liga Konferensi di Stadio Olimpico pada November tahun lalu. - Foto Getty Images
Ola Solbakken meraikan gol pertama bersama rakan ketika berdepan AS Roma dalam aksi kumpulan C Liga Konferensi di Stadio Olimpico pada November tahun lalu. - Foto Getty Images
A
A
A

TONGGAK FK Bodø/Glimt, Alfons Sampsted mengakui para pemain The Lightning teruja untuk sekali lagi berdepan gergasi Serie A, AS Roma pada saingan suku akhir pertama Liga Konferensi di Stadium Aspmyra pada Jumaat ini.

Malah pemain pertahanan kelab Norway itu menyifatkan sebagai satu penghormatan apabila dapat berdepan dengan I Giallorossi kendalian Jose Mourinho berkenaan pada fasa kalah mati tersebut.

“Ya, sudah tentu menarik untuk bermain dengan Roma sekali lagi, malah ia adalah satu cabaran besar untuk cuba mengulangi prestasi seperti ketika berdepan lawan sama pada Oktober lalu.

“Apa pun kami perlu fokus dan bermain gaya permainan sendiri. Kita juga perlu mengekalkan kepercayaan pada sistem dan keupayaan pasukan.

"Cara kami bermain sangat berkesan, namun kami perlu terus bekerja keras dan terus berdedikasi.

“Namun sejujurnya, sukar untuk menjelaskan mengapa AS Roma mempunyai begitu banyak masalah dalam permainan itu. Saya rasa keputusan itu adalah satu kejutan besar untuk mereka kerana mereka menjangkakan berbeza," katanya.

Untuk rekod dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini, Bodø/Glimt mencipta kejutan apabila menewaskan AS Roma 6-1 pada aksi pertama di Stadium Aspmyra sebelum gergasi Serie A itu bangkit mengikat lawan sama 2-2 di Stadio Olimpico pada 5 November lalu.

Artikel Berkaitan: