Agong, Raja Permaisuri ucap tahniah kepada 6 pelajar ke Harvard

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada enam pelajar Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara pada Rabu, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita di atas kejayaan mereka yang sekali gus turut membanggakan rakyat Malaysia.

"Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada kesemua pelajar dan mendoakan semoga mereka sentiasa dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” menurut catatan itu.

Keenam-enam pelajar itu ialah Chooi Je Qin dari Johor; Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang; Carisma Michaela Wong dari Sabah; Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak.

Kesemua pelajar berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Havard bagi sesi pengajian tahun 2022. - Bernama

Artikel Berkaitan: