Jangan pandang enteng Sabah

Tae-su meraikan jaringan bersama para pemain The Rhinos lain ketika perlawanan menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat. - Foto Sabah Football Club
Tae-su meraikan jaringan bersama para pemain The Rhinos lain ketika perlawanan menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat. - Foto Sabah Football Club
A
A
A

KELAB kepulauan Borneo, Sabah FC membuktikan kepada para gergasi Liga Super bahawa penampilan The Rhinos pada saingan musim ini tidak boleh dipandang enteng selepas kemenangan apabila menumpaskan Melaka United 1-0 di Stadium Hang Jebat.

Malah Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, berharap prestasi itu dapat diteruskan bagi menghadapi dua lagi perlawanan di laman lawan bermula dengan Sarawak United FC pada Ahad ini.

“Kita tahu Melaka adalah sebuah pasukan yang baik, namun tekanan awal yang kita berikan pada separuh masa pertama telah berjaya mendapatkan satu gol. Namun selepas itu peluang-peluang yang kita cipta tidak disempurnakan dan kita berada dalam tekanan pada separuh masa kedua.

“Bagaimanapun semua pemain tidak kira siapa telah menunjukkan prestasi yang baik dan saya harap momentum ini dapat dikekalkan lagi pada dua perlawanan di laman lawan.

“Dalam bola sepak bukan satu atau dua pemain yang akan memenangkan pasukan tetapi komitmen 100 peratus dari semua pemain yang akan berikan kejayaan,” katanya.

Untuk rekod, gol tunggal dari Park Tae-su pada minit 25 sudah cukup buat The Rhinos menamatkan rekod tanpa menang di gelanggang lawan sejak 9 Julai 2019 yang menyaksikan kali terakhir mereka menang 2-1 mengatasi UiTM FC di Liga Premier.

Artikel Berkaitan: