'Tak sangka ramainya orang Islam di Christchurch'

No Image Caption
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Anak sulung kepada Nazril Hisham Omar, Mohd Haiqal Daniel, 20, mengakui terkejut apabila melihat ramai umat Islam menunaikan solat Jumaat di South Hagley Park, di sini, tengah hari tadi.

Menurutnya, dia pernah menunaikan solat Jumaat di Christchurch sebelum ini namun jumlahnya tidaklah ramai, lazimnya dua atau tiga saf sahaja.

“Saya pernah solat Jumaat di sini, cuma dulu tak pernah ramai macam ini pun. Biasa dalam dua ke tiga saf macam itu saja, macam solat Subuh di surau sahaja.

Mohd Haiqal Daniel (kiri) ketika bersiap sedia untuk solat di padang tersebut. - Foto Rahasnan Abdul Rashid
Mohd Haiqal Daniel (kiri) ketika bersiap sedia untuk solat di padang tersebut. - Foto Rahasnan Abdul Rashid

“Tidak ramai pun sebab kebanyakan orang kerja dan anak-anak pula pergi sekolah tapi hari ini memang terlalu ramai.

“Tak sangka ada seramai ini orang Islam di Christchurch dan New Zealand,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, ketika ditanya keadaan ayahnya, anak sulung dari empat beradik itu memberitahu ayahnya kini sudah boleh duduk dan menggerakkan kedua-dua tangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jacinda sekali lagi lawat Nazril Hisham

Artikel Berkaitan:

“InsyaALLAH, minggu depan dah boleh mula buat terapi. Hari ini, ada pelajar semasa ayah mengajar di universiti dulu hantar mesej kepadanya.

Sebahagian daripada umat Islam yang menunaikan Solat Jumaat di padang tersebut. - Foto Rahasnan Abdul Rashid
Sebahagian daripada umat Islam yang menunaikan Solat Jumaat di padang tersebut. - Foto Rahasnan Abdul Rashid

“Ayah nampak ceria bila dapat mesej daripada bekas pelajarnya yang bertanyakan khabarnya dan mendoakan supaya ayah cepat sembuh,” ujarnya.

Sementara itu, abang mangsa, Rahasnan Abdul Rashid, 57, menyatakan Nazril Hisham kini makan lebih banyak berbanding semalam.

“Sekarang dia dah boleh duduk, senang sikit nak makan. Tadi pun makan nampak ada bertambah sikit berbanding beberapa hari lepas tapi orang sakit.

“Harapnya bila dah makin bertambah makan, tenaga pun bertambah, harapnya cepatlah sembuh nanti,” katanya.

Nazril Hisham merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang cedera dalam tragedi berdaarah di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas.