Bas jatuh gaung, tiga parah

Keadaan bas persiaran yang terbabas dan terbalik di cerun sisi lebuhraya petang tadi.
Keadaan bas persiaran yang terbabas dan terbalik di cerun sisi lebuhraya petang tadi.
A
A
A

TAIPING - Sekurang-kurangnya tiga dilaporkan parah selepas sebuah bas persiaran membawa 17 penumpang terbabas dan terbalik di KM228.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Bukit Gantang, petang tadi.

Sinar Harian difahamkan kesemua yang cedera adalah penumpang wanita.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 6.57 petang.

Menurutnya, bas berkenaan dalam keadaan terbalik dalam jarak tiga meter dari tebing jalan.

"Seorang wanita warga Thailand berusia 61 tahun dilaporkan tersepit. Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.

"Bas itu dipercayai daripada negara Thailand dan sedang menuju ke arah selatan," katanya.

Kejadian turut menyebabkan aliran trafik perlahan sepanjang 2.5km.

Artikel Berkaitan: