X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Arak tidak bercukai lebih RM30,000 dirampas

Gambar hiasan.
A
A

MUAR - Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri Muar merampas sejumlah arak tidak bercukai bernilai RM30,890 menerusi satu serbuan di sebuah rumah di Taman Masria, Jalan Junid di sini, pada Selasa.

Penolong Pegawai Pemerintahnya, Deputi Superintendan Salehin Suleiman berkata, serbuan dilakukan pada jam 3.45 petang itu turut membawa kepada penahanan seorang wanita berusia 41 tahun dipercayai penjaga premis.

“Hasil pemeriksaan menemui sejumlah 75 kotak mengandungi 1,800 tin dan 302 botol arak dipercayai tidak bercukai.

“Serbuan yang dilakukan ini berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pengedaran arak tidak bercukai di sekitar Muar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Salehin berkata, siasatan awal mendapati rumah dua tingkat berkenaan dijadikan sebagai stor simpanan sementara sebelum diedarkan kepada peruncit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan suspek yang ditahan diarahkan menjalani perintah reman selama 14 hari sehingga Khamis depan untuk membantu siasatan.

“Pihak polis menyeru masyarakat agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!