Dua hospital baharu, dua lagi dinaik taraf

Dr Siti Mariah Mahmud
Dr Siti Mariah Mahmud
A
A
A

SHAH ALAM - Dua hospital dinaik taraf manakala dua lagi dalam proses pembinaan di beberapa kawasan di negeri ini.

Antaranya melibatkan Hospital Tanjung Karang, Hospital Cyberjaya, Hospital Kajang dan Hospital Serdang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pembinaan kesemua hospital ini termasuklah dalam sudut penaiktarafan.

"Untuk Hospital Tanjung Karang, kemajuan fizikal mencapai 22 peratus, manakala Hospital Cyberjaya pula kemajuan fizikal baharu mencapai 30 peratus.

"Hospital Kajang dinaik taraf bahagian wanita dan kanak-kanak dan Hospital Serdang pula melibatkan bangunan kardiologi yang mencapai peratusan siap sebanyak 14 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sidang DUN Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, terdapat sebuah hospital yang sudah diluluskan dan menunggu peruntukan.

"Kerja naik taraf Hospital Banting diluluskan untuk kerja-kerja awalan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan masih menunggu keputusan Kementerian Kesihatan," katanya.

Artikel Berkaitan: