Rasuah pusat urut: 10 bebas, empat akan didakwa

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya membebaskan 10 suspek yang sebelum ini direman berhubung siasatan rasuah membabitkan kegiatan pusat urut di Kuala Lumpur.

Majisret Saifullah Qamar Siddique Bhatti membebaskan tujuh penjawat awam iaitu termasuk seorang ketua balai masing-masing dengan jaminan RM10,000 manakala tiga orang awam pula tiap-tiap dikenakan dengan jaminan RM3,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah: 14 direman lindungi rumah urut

Sementara itu empat lagi yang sebelum ini direman iaitu pemilik premis urut berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin ini.

Dalam pada itu sebelum ini dilaporkan mereka tujuh penjawat awam berkenaan dan tiga individu yang berperanan sebagai orang tengah atau ‘runner’ sebelum ini direman empat hari sejak Selasa lalu.

Difahamkan, tujuh penjawat awam itu terdiri daripada seorang pegawai dan dua anggota polis; tiga penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seorang anggota bomba.

Artikel Berkaitan: