Sila log masuk terlebih dahulu.

Washington hantar lagi senjata antiperisai kepada Ukraine

Tentera Ukraine akan mendapat bantuan senjata tambahan dari Amerika Syarikat tidak lama lagi. - Foto AFP
Tentera Ukraine akan mendapat bantuan senjata tambahan dari Amerika Syarikat tidak lama lagi. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengumumkan pada Selasa bahawa akan menghantar senjata-senjata antiperisai tambahan bernilai sehingga AS$100 juta (RM421.85 juta) ke Ukraine.

"Saya telah dibenarkan untuk mengeluarkan segera bantuan keselamatan bernilai sehingga AS$100 juta untuk memenuhi keperluan mendesak Ukraine untuk sistem antiperisai tambahan," kata Blinken dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan bahawa dunia telah terkejut dengan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Rusia di Bucha dan di seluruh Ukraine.

Jurucakap Pentagon, John Kirby dalam satu kenyataan berasingan berkata bahawa pembiayaan tambahan akan digunakan untuk memenuhi keperluan mendesak Ukraine untuk sistem antiperisai tambahan.

Penduduk Ukraine telah menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan dari bahu dengan begitu berkesan untuk mempertahankan negara mereka, katanya.

Pada 1 April lalu, Pentagon mengumumkan tambahan bantuan ketenteraan sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) kepada Ukraine.

Kirby berkata, ia menunjukkan bahawa nilai bantuan ketenteraan AS ke Ukraine adalah melebihi AS$1.7 bilion (RM7.17 bilion). - Agensi

Artikel Berkaitan: