Sila log masuk terlebih dahulu.

Suami isteri saksi perbicaraan kes bunuh dicari

Dua saksi pasangan suami iateri dikesan bagi perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan.
Dua saksi pasangan suami iateri dikesan bagi perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan.
A
A
A

KINABATANGAN - Polis Kinabatangan mengesan pasangan suami isteri sebagai saksi bagi perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, perbicaraan kes bunuh itu akan diadakan pada 11 hingga 14 April ini.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan sedang mengesan Ana Farhana Musa berusia 34 tahun serta suaminya Ismail Santaro berusia 37 tahun.

"Alamat terakhir bagi kedua-dua penama ini adalah di Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sdn Bhd.

"Kedua-dua saksi ini diminta tampil untuk membantu memberikan keterangan bersabit kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berlangsung selama empat hari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Dzulbaharin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Razali Basa di talian 089-561890 atau 019-6217357 atau ke balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan: