Selamat jalan Abah...

A
A

BAPA kepada penyanyi Emma dan Adira, iaitu Suhaimi Rajiman telah meninggal dunia.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh kakak Adira iaitu Emma menerusi akaun media sosial, Facebook, tengah hari tadi.

"Selamat jalan Abah.. Semoga tenang di sana.. Biarpun tidak membesar dengan Abah rasa sayang sebagai anak tu selalu ada di hati.. Dalam diam tetap sayang..

"Al-Fatihah buat Abah.. Minta kawan-kawan sudi sedekahkan al Fatihah buat abah saya ‘Suhaimi’," tulisnya.

Emma sebelum ini merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan.

Sementara itu, tiada sebarang kemas kini terbaharu di akaun Adira, mahupun suaminya, Datuk Red berkaitan pemergian arwah.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia