Warga Sweeden meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas

Pemeriksaan di bilik hotel yang didiami mangsa tidak menemui sebarang kesan darah atau unsur jenayah.
Pemeriksaan di bilik hotel yang didiami mangsa tidak menemui sebarang kesan darah atau unsur jenayah.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang warga emas warga Sweeden meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, Alex Anders Bjakvall, 72, dilaporkan tidak sedarkan diri oleh isterinya ketika menginap di sebuah hotel di Tanjung Bungah, di sini.

Menurutnya, mangsa dan isterinya mula mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 15 Mac lalu sehingga 29 Mac ini.

"Isteri mangsa ada menghubungi pihak hotel memaklumkan suaminya sesak nafas dan memohon agar pengurusan hotel menghubungi ambulans. Ketika dibawa turun dari bilik hotel, mangsa dalam keadaan sesak nafas dan tidak bermaya.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan ditemani isterinya namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HPP," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, hasil pemeriksaan di bilik hotel mendapati tiada sebarang kesan darah ditemui dan tiada unsur jenayah.

"Bedah siasat ke atas mayat mangsa dijalankan pada jam 3 petang tadi dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Tiada sebarang elemen yang boleh dikaitkan dengan kes jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: