Parti SLLP Sri Lanka hilang majoriti di Parlimen

Pakatan pemerintah Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa hilang majoriti di Parlimen selepas 42 ahli Parlimen menarik sokongan mereka. - Foto Reuters
Pakatan pemerintah Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa hilang majoriti di Parlimen selepas 42 ahli Parlimen menarik sokongan mereka. - Foto Reuters
A
A
A

COLOMBO - Parti yang memerintah Sri Lanka, Podujana Peramuna (SLPP) hilang majoriti selepas 42 ahli Parlimen pada Selasa menarik sokongan mereka, lapor Xinhua.

Mereka terdiri 14 Ahli Parlimen Parti Kebebasan Sri Lanka, 10 dari parti komponen kerajaan dan 12 dari SLPP.

Perikatan pimpinan SLPP memenangi 146 kerusi daripada keseluruhan 225 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: