Sajat lemah, tak sedarkan diri

A
A

USAHAWAN dan juga penyanyi, Sajat Kamaruzzaman dilaporkan berada dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.

Perkara itu disampaikan sendiri oleh pembantu peribadi Sajat yang dikenali sebagai Mok Kay menerusi akaun Instagram majikannya itu sebentar tadi.

"Doakan yang terbaik buat bos saya, Nursajat...

"Sekarang dia dalam keadaan lemah dan tak sedar diri... Kami dari team Nursajat, mendoakan bos cepat sembuh dari penyakit misteri..." tulisnya.

Dalam entri itu, turut dikongsi video Sajat terbaring tidak sedarkan diri dengan bantuan oksigen.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia