KADA minta operasi pembenihan awan dilakukan segera

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani segera melaksanakan operasi pembenihan awam susulan musim kemarau yang berisiko menjejaskan teruk tanaman padi di kawasan kendaliannya.

Pemangku Pengurus Besarnya, Nik Roslan Idris berkata, beliau dimaklumkan ketua setiausaha kementerian berkenaan sudah memohon kepada Jabatan Meteorologi untuk melakukan pembenihan awam di kawasan KADA.

“Kami berharap operasi pembenihan awam dapat dilakukan segera supaya pokok padi berusia 30 dan 60 hari ketika ini dapat diselamatkan dan meminima kerugian kepada pesawah,” katanya kepada pemberita semasa melawat lima kawasan penanaman padi di Aur, Duri, Salor, Kampung Gua dan Kampung Betong, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata sekiranya tiada hujan dalam tempoh dua minggu, padi akan musnah dan pesawah akan menanggung kerugian. - Bernama

Artikel Berkaitan: