Bomba guna jerut selamatkan anak kucing

Anggota bomba ketika menyelamatkan anak kucing yang dipercayai terjatuh ke dalam longkang terbabit. - Foto Bomba Bukit Angin
Anggota bomba ketika menyelamatkan anak kucing yang dipercayai terjatuh ke dalam longkang terbabit. - Foto Bomba Bukit Angin
A
A
A

TEMERLOH - Seekor anak kucing yang terperangkap di dalam longkang berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, semalam.

Dalam kejadian pada jam 8.28 pagi itu, anak kucing itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang di hadapan premis Lembaga Hasil Dalam Negeri Temerloh.

Ketua Balai Bomba Bukit Angin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian terbabit.

Anggota bomba menggunakan penjerut untuk menaikkan kucing tersebut. - Foto Bomba Bukit Angin
Anggota bomba menggunakan penjerut untuk menaikkan kucing tersebut. - Foto Bomba Bukit Angin

Menurutnya, dengan tujuh anggota termasuk seorang pegawai telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai insiden tersebut.

"Seekor anak kucing berada di dalam longkang tersebut dan anggota operasi menggunakan penjerut untuk menaikkan kucing tersebut.

eadaan anak kucing yang berjaya diselamatkan oleh anggota bomba. - Foto Bomba Bukit Angin
eadaan anak kucing yang berjaya diselamatkan oleh anggota bomba. - Foto Bomba Bukit Angin

"Setelah beberapa minit, kucing itu berjaya dinaikkan oleh anggota kita.

Artikel Berkaitan:

"Mereka juga memberi bantuan untuk memanaskan badan kucing tersebut dari kesejukan," katanya lagi operasi tamat pada jam 8.48 pagi.