Ada yang tak senang kami berbaik: Rita Rudaini

Rita Rudaini
Rita Rudaini
A
A
A
PELAKON Rita Rudaini mendedahkan ada pihak yang tidak senang apabila dia berbaik semula dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak yang juga pemain bola sepak Malaysia.

Menurut wanita berusia 42 tahun ini, walaupun mereka berbaik demi anak-anak, namun ada yang cuba melagakan mereka dan membiarkan anak-anak menjadi mangsa.

"Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik. Walaupun demi anak-anak. Gigihlah cuba nak lagakan kami.

"Anak-anak kami jadi mangsa. Keji dan jijik. Aidil dan Rita ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik.

"Kenapa ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy 'Bergabung Meletop'?

"Rancanglah macam mana pun. Buatlah macam mana pun. Biar pun beribu tahun, Sistur (panggilan dirinya) ok ja. Sebab sistur percaya, satu hari nanti, TUHAN akan bisikkan hanya yang benar pada daddy RyanJuna," tulisnya.

Rita juga turut memuat naik foto lama Aidil bersama dua orang anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Rita dan Aidil bernikah di Thailand pada 2008 dan berpisah pada 5 September 2013.

Selepas itu, Aidil, 31, mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada 14 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Artikel Berkaitan: